Pusat pemberian vaksin (PPV) Puchong Indah yang kembali dibuka bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja pada 14 Okt 2021. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara
AGENDANASIONAL

22.7 juta individu dewasa, 2.7 juta remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Sebanyak 97 peratus atau 22,707,144 individu dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,039,780 individu dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.3 peratus atau 2,716,048 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8 peratus atau 2,826,761 menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 150,357 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,649 suntikan dos lengkap, 5,408 dos pertama dan 136,300 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,828,128 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,728,294.

-BERNAMA


Pengarang :