Lawatan Dato’ Menteri Besar ke pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada 19 Disember 2021. Foto RADIN WAZIR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

32,000 mangsa bah dipindah ke 162 pusat sementara, lebih separuh di Klang

SHAH ALAM, 20 DIS: Seramai 32,044 mangsa banjir ditempatkan di 162 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10 pagi tadi.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan kesemua PPS itu melibatkan seluruh sembilan daerah di negeri ini.

“Klang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 18,858 individu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata sebanyak 73 jalan ditutup melibatkan sembilan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), susulan banjir yang masih belum surut setakat 4 pagi tadi.

Jalan-jalan tersebut adalah di bawah penyeliaan IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (dua); Klang Utara (sembilan); Sungai Buloh (dua); Subang Jaya (11); Kuala Langat (27); Sepang (lima); Shah Alam (enam); Klang Selatan (10) dan Hulu Selangor (satu).


Pengarang :