EXCO Perdagangan dan Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim menjawan soalan sempena sidang Dewan Negeri Selangor pada 30 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

324 projek perkilangan di Selangor dilulus pada 2020

SHAH ALAM, 2 DIS: Sebanyak 324 projek perkilangan di Selangor diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2020 dengan nilai pelaburan berjumlah RM18.43 bilion.

EXCO Perdagangan dan Perindustrian Dato’ Teng Chang Khim berkata daripada jumlah keseluruhan projek yang diluluskan itu, sebanyak 93 peratus telah dilaksanakan.

“Sebanyak tujuh peratus masih dalam peringkat perancangan, pembangunan kilang dan juga pemasangan mesin dan alatan.

“Bagi memastikan projek yang diluluskan dapat direalisasikan, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sentiasa mengadakan perbincangan dan tindakan susulan terhadap pelabur bagi membantu menyelesaikan isu berbangkit,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wakil rakyat Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail mengenai projek perkilangan yang diluluskan pada 2020 ketika penggulungan perbahasan Belanjawan #Selangor2022 pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Tambah Chang Khim, tiada garis masa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak pelabur tidak menarik cadangan pelaburan mereka.

“Mana-mana syarikat yang mendapat kelulusan projek perkilangan daripada pihak Mida perlu mendapatkan surat tiada halangan (No-Objection Letter) daripada Kerajaan Negeri,” katanya.


Pengarang :