Kit ujian air liur yang disediakan MBI untuk diagihkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri bagi memastikan kes Covid-19 di PPS dikesan lebih awal. Foto Instagram Ahmad Azri Zainal Nor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

5,000 kit ujian kendiri diagih ke pusat pemindahan

SHAH ALAM, 22 DIS: Kerajaan Selangor menyediakan 5,000 kit ujian air liur Covid-19 untuk diagihkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bagi mencegah penularan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

“Selain itu, tindakan turut diambil bagi memastikan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) serta isolasi mereka yang positif dilaksanakan,” katanya di Twitter.

Pada Sabtu, Kerajaan Negeri mengarahkan semua agensi berkaitan bagi membantu penduduk terjejas susulan banjir, termasuk memindahkan mereka ke PPS.

Selain keperluan asas seperti pakaian, makanan dan bilik kecil di PPS, Kerajaan Selangor akan membuat saringan Covid-19 secara percuma untuk keselamatan mangsa banjir.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 192 PPS menurun kepada 29,024 orang.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

 


Pengarang :