Petugas kesihatan memanggil pelajar untuk menerima suntikan pelalian dalam Program Vaksinasi Remaja 16 dan 17 tahun Daerah Kuala Selangor di Stadium Kuala Selangor pada 28 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

97.3 juta dewasa lengkap vaksin, lebih 3 juta ambil dos penggalak

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Sebanyak 97.3 peratus atau 22,788,835 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,102,672 individu daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6 peratus atau 2,726,239 melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,826,872 atau 89.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 129,387 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,027 dos pertama dan 4,907 dos lengkap serta 120,390 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,039,657 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini 3,787,928.

-BERNAMA


Pengarang :