Selangorkini
AGENDA NASIONAL

97.4 peratus dewasa, lebih 2.7 juta remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Seramai 25,529,153 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,110,692 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.7 peratus atau 2,729,919 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,829,924 atau 89.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 168,716 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,246 dos pertama, 5,125 dos lengkap dan 159,345 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,383,495 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,107,585.

-BERNAMA


Pengarang :