Selangorkini
Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja di Dewan Serbaguna MPK, Pandamaran Jaya, Klang pada 24 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

97.5 peratus dewasa lengkap vaksin, 5.3 juta terima dos penggalak

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Sebanyak 22,835,291 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,134,791 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,745,182 melengkapkan vaksinasi manakala 2,839,706 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 25,457 dos vaksin diberikan melibatkan 23,698 dos penggalak dengan 1,244 lengkap dos dan 515 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,748,229 dos dengan 5,389,370 daripadanya adalah dos penggalak.

-BERNAMA


Pengarang :