Teo Kan Chin, 56, menerima suntikan dos penggalak dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Booster di Klinik Selcare, Seksyen 13, Shah Alam pada 10 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

97.6 peratus dewasa lengkap vaksin, 5.4 juta terima dos penggalak

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Sebanyak 22,836,859 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,135,883 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,745,665 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,840,018 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 64,283 dos vaksin telah diberikan melibatkan 62,022 dos penggalak dengan 1,411 lengkap dos dan 850 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,814,549 dos dengan 5,452,251 daripadanya adalah dos penggalak.

— BERNAMA

 

TAG: COVIDNOW, vaksin, KKM, dos penggalak, PICK


Pengarang :