Dr Siti Mariah Mahmud (tiga, kanan) bergambar bersama penerima bantuan susu dan lampin pakai buang di Dewan Serbaguna MPSJ Kampung Sri Aman, Puchong pada 15 Disember 2021. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor Siti Kamariah Ahmad Subki (tiga, kiri) dan Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (tengah). Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Agihan susu, lampin pakai buang bantu ribuan penduduk susah

PUCHONG, 15 DIS: Lebih 7,000 keluarga berpendapatan rendah (B40) di seluruh negeri bakal menerima bantuan susu dan lampin pakai buang sumbangan Kerajaan Selangor.

Inisiatif secara berfasa mulai Julai lalu selesai diagihkan kepada 1,510 penerima dengan peruntukan RM200,000, kata EXCO pembangunan wanita dan keluarga.

Sementara itu, fasa kedua pula menyasar seramai 5,600 orang dengan dana RM336,000 yang akan diagihkan oleh Wanita Berdaya Selangor, jelas Dr Siti Mariah Mahmud.

“Program ini bagi membantu meringankan beban wanita yang rata-ratanya terjejas akibat pandemik Covid-19 di samping memberi sokongan dalam memenuhi keperluan tumbesaran kanak-kanak,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program pemberian bantuan susu dan lampin pakai buang kepada penerima B40 di Dewan Serbaguna MPSJ Kampung Seri Aman di sini hari ini.

Dr Siti Mariah turut mengalu-alukan individu yang terjejas untuk segera memohon bantuan melalui pusat khidmat masyarakat berhampiran.

“Kita juga sentiasa terbuka menjalin kerjasama pintar bersama syarikat korporat untuk melaksanakan program pemberian bantuan kepada rakyat negeri ini,” katanya.


Pengarang :