Rumah pusaka milik Rohana Mahfuz di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat kini hanya tinggal tangga selepas dihanyut banjir pada 18 Disember 2021. Facebook Angkatan Belia Islam Malaysia
AGENDANASIONAL

Air Sungai Langat naik paras bahaya, orang ramai diminta waspada

SHAH ALAM, 27 DIS: Aras Sungai Langat di Pekan Kajang dan Taman West Country, Hulu Langat naik pada paras bahaya susulan hujan lebat selama dua jam petang tadi.

Susulan itu Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menerusi kenyataan jam 6.30 petang tadi menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dua kes banjir kilat dilaporkan di Kajang hari ini tetapi tidak membabitkan sebarang mangsa, lapor FMT.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata banjir kilat itu melanda Pangsapuri Glen Court di Bandar Sungai Long pada 5.19 petang dan Taman Lembah Mewah pada 5.35 petang.

Beliau berkata, berlaku limpahan air dari kolam berhampiran dengan kedalaman satu kaki.

“Bagaimanapun, ia surut sepenuhnya sebaik sahaja pihak bomba tiba di sana,” katanya.

Norazam berkata, kejadian kedua di Taman Lembah Mewah setinggi dua kaki pula berpunca daripada hujan lebat dan longkang tersumbat di kawasan terbabit, tetapi air semakin surut.


Pengarang :