Skuad Pantas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Batu Belah, Bandar Baru Klang pada 18 Disember 2021. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
AGENDANASIONAL

Amaran bahaya hujan lebat berterusan hingga esok di Selangor, KL

SHAH ALAM, 18 DIS: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meletakkan Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian Pahang dalam kod merah amaran bahaya hujan sangat lebat berterusan hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada pukul 10.30 malam ini meletakkan status bahaya Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Kawasan bahaya di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong dan Kuantan.

Sementara itu, Sepang diletakkan bawah keadaan buruk dengan jangkaan hujan lebat berterusan hingga esok.

Turut dalam kategori sama ialah Muallim, Hilir Perak; Gua Musang, Kelantan, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran dan Pekan di Pahang.

Selain itu, hujan lebat berterusan juga melibatkan Putrajaya dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu MetMalaysia turut meletakkan amaran waspada dengan hujan berterusan di Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.

Turut tersenarai  Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang di Perak manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu hujan berterusan juga dijangka di Terengganu, Bera dan Rompin di Pahang; Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan selain Melaka serta Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat di Johor.

 


Pengarang :