Pemanduan berhemah boleh meningkatkan tahap keselamatan ketika di jalan raya. Foto Facebook Bernama
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan sangat lebat, berterusan di lapan daerah

SHAH ALAM, 18 DIS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran zon merah dan hujan sangat lebat melibatkan lapan daerah di Selangor, hari ini.

Hujan sangat lebat secara berterusan diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Selain itu, MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur.

Manakala kawasan lain yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan ialah Sepang, Selangor dan beberapa daerah di Perak, Pahang, Kelantan, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Amaran berwaspada turut dikeluarkan kepada beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

 


Pengarang :