Penduduk meredah banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di sekitar Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Kampung Johan Setia & Jalan Sungai Kandis hari ini. Foto Facebook Bernama
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat lima kawasan di Selangor pagi ini

SHAH ALAM, 23 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan negeri ini, pagi ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca buruk itu diramal berlaku Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama diramal berlaku di Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,”maklum MetMalaysia.

 


Pengarang :