Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir seperti hantaran yang dimuat naik di Facebook beliau pada 29 Disember 2021.
AGENDANASIONALSELANGOR

Anwar sumbang bakul makanan bantu mangsa banjir di Kampung Kebun Bunga

SHAH ALAM, 31 DIS:  Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada usaha pasukan sukarelawan yang terdiri daripada anak-anak muda Mahasiswa Harapan dalam membantu mangsa banjir di negeri ini.

Ketua pembangkang telah menyerahkan bantuan bakul makanan kepada sukarelawan tersebut semalam bagi diedarkan kepada mangsa banjir di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini.

“Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim Club kerana memberi sumbangan bakul makanan kepada team Mahasiswa Mahasiswa Harapan.

“Sumbangan ini kami telah agihkan kepada penduduk Kampung Kebun Bunga,” kata Mahasiswa Keadilan Malaysia dalam Facebook lewat petang semalam.

Terletak di tepi Sungai Damansara, Kampung Kebun Bunga antara kawasan yang teruk dilanda banjir besar di bandar raya ini pada 18 Disember lalu apabila paras air mencecah bumbung rumah penduduk.

 

Sukarelawan Mahasiswa Harapan mengangkat barangan makanan yang disumbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu mangsa banjir di Kampung Kebun Bunga Seksyen 22, Shah Alam pada 30 Disember 2021. Facebook Mahasiswa Keadilan Malaysia

 


Pengarang :