Selangorkini
Pasukan polis dan bomba meninjau keadaan banjir di Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat pada 22 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Banjir: 47 maut di tiga negeri, lima masih hilang

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Polis Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.

“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita dan di Pahang melibatkan 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

— BERNAMA


Pengarang :