Inisiatif IBDE menterjemah dan menerbitkan buku-buku termasuk novel karya Naguib Mafouz, pemenang Hadiah Nobel bagi kesusasteraan. Foto ihsan IBDE
AGENDA NASIONAL

Banjir: Pemilik buku terbitan IBDE layak dapat gantian percuma

SHAH ALAM, 25 DIS: Pemilik buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang mengalami kerosakan akibat banjir layak mendapat buku ganti secara percuma.

Menerusi perkongsian di Facebook, IBDE memaklumkan jika bukan terbitan syarikat itu atau lebih daripada senaskah pula, pemilik layak mendapat pengurangan harga sebanyak 20 peratus.

“Menyedari musibah banjir yang melanda kala ini turut memberi kesan kepada sebahagian pembaca kami, maka IBDE mengadakan usaha untuk meredakan sedikit kesusahan yang dihadapi.

“Tanda kebersamaan buat semua pembaca buku IBDE di Malaysia yang bukunya rosak akibat banjir, IBDE dengan rendah diri ingin memberi sebuah buku IBDE secara percuma untuk anda,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pautan https://mylink.la/ibde

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Susulan itu, semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.


Pengarang :