Keadaan lalu lintas menghala Kota Warisan, Sepang pada 18 Disember 2021 yang dilanda banjir akibat hujan lebat. Foto Trafik IPD Sepang
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Banyak kawasan di Sepang banjir akibat Sungai Langat melimpah

SHAH ALAM, 18 DIS: Hujan lebat berterusan di Sepang sejak petang semalam menyebabkan banyak kawasan perumahan dan kampung dilanda banjir kilat.

Pegawai Daerah Sepang Khairi Azali Ibrahim berkata hujan lebat berlarutan hingga subuh menyebabkan air Sungai Langat melimpah ke kawasan perumahan penduduk, lapor Berita Harian.

Katanya, banjir kali ini agak teruk kerana membabitkan banyak kawasan dan setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat lanjut senarai kawasan terbabit.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang berkata banjir kilat itu turut melanda Kampung Olak Lempit iaitu kali pertama berlaku di kawasan itu tahun ini manakal di Dengkil termasuk di Taman Delima, Kampung DatukAhmad Razali, Kampung Cemperai dan Kampung Ampar Tenang.

“Hari ini kita akan mula buka pusat pemindahan sementara (PPS) kerana semalam dimaklumkan ada mangsa yang menumpang tinggal di rumah saudara mara dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Bagi PPS di Kampung Giching dan Dengkil semua mangsa perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu bagi mengelak jangkitan dalam kalangan penghuni,” katanya.


Pengarang :