Petugas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk yang terjejas pada 20 Disember 2021. Foto Twitter Air Selangor
AGENDANASIONAL

Bekalan air di Hulu Langat dijangka pulih 10 malam ini

SHAH ALAM, 20 DIS: Bekalan air di 70 kawasan terjejas di Hulu Langat akibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dijangka pulih sepenuhnya jam 10 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini ini berkata setakat jam 7 pagi tadi LRA Semenyih 2 dan LRA Sungai Langat telah memulakan operasi dan bekalan air bersih disalur secara berperingkat.

Katanya, bekalan air bagi LRA Semenyih 2 dijangka pulih jam 10 malam ini dan pemulihan bekalan LRA Sungai Langat akan diumumkan kelak.

Bagi LRA Langat 2, proses pengepaman air mentah telah dimulakan dan proses pemulihan bekalan akan diumumkan kelak.

Manakala bagi LRA Cheras Batu 11, proses pembersihan loji rawatan air berikutan insiden banjir sedang dilaksanakan.

Peningkatan paras sungai akibat banjir di negeri ini kelmarin menyebabkan LRA Semenyih 2, Sungai Langat, Langat 2 dan Cheras Batu 11 terpaksa dihenti tugas.

Susulan itu, sebanyak 472 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


Pengarang :