Kakitangan Air Selangor membaiki dan memulihkan aset di LRA Cheras Batu 11 yang rosak akibat bencana banjir. Foto Facebook Air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 10 pagi esok

SHAH ALAM, 22 DIS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas akibat henti tugas empat loji rawatan air (LRA) mencapai tahap 95 peratus setakat jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 10 pagi esok.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas empat loji rawatan air disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada Ahad lepas.

Empat LRA yang terjejas ialah LRA Semenyih 2, LRA Sg Langat, LRA Langat 2 dan LRA Cheras Batu 11.


Pengarang :