Dr Ahmad Fadzli Ahmad (kiri) menerima surat pelantikan sebagai pegawai kewangan negeri yang baharu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 14 Disember 2021. Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
SELANGOR

Bekas yang dipertua MPK dilantik pegawai kewangan negeri baharu

SHAH ALAM, 15 DIS: Kerajaan Negeri melantik Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin sebagai pegawai kewangan yang baharu berkuat kuasa esok.

Penyerahan surat pelantikan kepada Ahmad Fadzli  telah disempurnakan setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim di pejabatnya semalam.

Beliau yang berumur 49 tahun pernah berkhidmat sebagai dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak April tahun lalu.

Semalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi Facebook mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Ahmad Fadzli.

Beliau menggantikan Haris yang dilantik sebagai setiausaha Kerajaan Negeri awal tahun ini.

Ahmad Fadzli yang berasal dari Ipoh pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.


Pengarang :