Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap ketika sidang media Program Vaksin Selangor (Selvax) Booster di Foyer SUK, Shah Alam pada 7 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Dana bantuan guaman usaha Selangor bela golongan teraniaya

SHAH ALAM, 7 DIS: Dana Bantuan Guaman diumum menerusi pembentangan Belanjawan #Selangor2022 adalah usaha Kerajaan Negeri memastikan golongan ditindas dapat dibela.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana berjumlah RM1 juta itu diwujudkan selepas melihat situasi kes kegananas domestik kian meningkat.

“Menginsafi pertambahan isu melibatkan kes keganasan domestik dan berkaitan pekerjaan, Kerajaan Negeri mewujudkan Dana Bantuan Guaman Selangor berjumlah RM1 juta bagi membantu golongan tidak berkemampuan mendapatkan hak guaman,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Sebelum ini, Amirudin mengumumkan kewujudan dana tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Selangor Bar Council dan Selangor Legal Aid Centre.

Beliau berkata inisiatif baharu itu membantu golongan kurang berkemampuan yang ditindas dan teraniaya mendapatkan bantuan guaman.

“Antara isu dibantu dari aspek guaman adalah keganasan domestik dan kehilangan pekerjaan kepada rakyat Selangor dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) yang kurang berkemampuan,” katanya.


Pengarang :