Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ahli Dewan Negeri bertafakur selama seminit bagi mengingati bekas ADN Sungai Besar Allahyarham Dato’ Ramli Noraini di Dewan Negeri Selangor pada 6 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dewan Negeri bertafakur atas pemergian bekas ADN Sungai Besar

SHAH ALAM, 6 DIS: Dewan Negeri Selangor (DNS) bertafakur selama satu minit bagi mengingati pemergian bekas Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Besar Dato’ Ramli Norani.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham yang meninggal dunia semalam akibat jangkitan Covid-19.

“Saya mohon dewan bertafakur selama satu minit mengikut kepercayaan agama masing-masing,” katanya.

Ramli, 70, merupakan ADN Sungai Besar penggal kesembilan iaitu pada 24 April 1995 sehingga 10 November 1999. Beliau juga merupakan timbalan ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Kini DUN berkenaan dimansuh manakala nama Sungai Besar dijadikan nama bagi kawasan parlimen mulai 2004.


Pengarang :