Pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor pada 26 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Dewan negeri lulus usul belanja pembangunan RM1.12 bilion

SHAH ALAM, 8 DIS: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan usul perbelanjaan pembangunan dalam belanjawan 2022 berjumlah RM1.12 bilion.

Kelulusan dibuat setelah mendapat persetujuan ahli dewan dan dibahas selama dua hari mulai semalam dengan bacaan sebanyak tiga kali, kata Speaker Ng Suee Lim.

“Bahawa menurut Seksyen 9, Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan RM1.12 bilion yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) akta sama, diluluskan,” katanya.

Isnin lalu, dewan meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 berjumlah RM1.22 bilion setelah dibacakan sebanyak tiga kali sebelum berakhirnya sesi pertama persidangan.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM2.34 bilion dalam Belanjawan Selangor 2022 bagi meningkatkan manfaat kepada rakyat dan merancakkan ekonomi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM1.22 bilion atau 52 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.12 bilion lagi untuk pembangunan.


Pengarang :