Ir Izham Hashim (tengah) bergambar bersama peserta seminar pembangunan kontraktor penyelenggaraan jalan Selangor di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 13 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

EXCO: Kontraktor perlu tingkat kecekapan senggara jalan, beri pengguna selesa

SHAH ALAM, 13 DIS: Kontraktor di negeri ini akan dibantu untuk melengkapkan pengetahuan teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan penyelenggaraan jalan raya, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim berkata perkembangan teknologi boleh dimanfaatkan untuk memastikan keadaan jalan raya di negeri ini pada tahap terbaik dan memberi keselesaan kepada pengguna.

“Seperti contoh dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) penggunaan robotik mungkin boleh dipertimbang bagi memantau keadaan jalan raya.

“Kerajaan Negeri akan bantu tingkatkan kecekapan mereka dengan mengadakan kursus,” katanya selepas merasmikan seminar pembangunan kontraktor jalan raya di sini, hari ini.

Izham berkata, selain aspek teknikal kursus kepada kontraktor turut membabitkan aspek pembangunan sahsiah dan integriti bagi memastikan kelancaran penyelenggaraan.

“Ini usaha Kerajaan Negeri untuk memberi tambah nilai dan kecekapan kepada kontraktor,” katanya.


Pengarang :