Petugas barisan hadapan mendapat suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 ketika tinjauan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hampir 23 juta dewasa, 87.2 peratus remaja lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Sebanyak 22,834,352 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,134,179 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,744,559 melengkapkan vaksinasi manakala 2,839,606 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 140,443 dos vaksin diberikan melibatkan 134,335 dos penggalak dengan 3,901 lengkap dos dan 2,207 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,720,268 dos dengan 5,363,641 daripadanya adalah dos penggalak.

-BERNAMA


Pengarang :