Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika mengadakan sidang media khas berkenaan isu banjir di Bangunan SUK, Shah Alam pada 21 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hubungi tentera, polis serta-merta jika ada kuasa pengerusi MKN – MB

SHAH ALAM, 21 DIS: Dato’ Menteri Besar akan hubungi tentera dan polis serta-merta jika mempunyai kuasa sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bagi kerahan tenaga ketika banjir di negeri ini.

Memaklumkan beliau bukan lagi pengerusi MKN sejak bulan lalu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jawatan itu diserah kepada seorang menteri.

“Ada soalan kenapa saya tidak pengerusikan MKN, sebab menjelang November lepas saya dimaklumkan bahawa pengerusi MKN telah diserahkan kepada menteri persekutuan.

“Jadi saya tidak boleh hubungi polis, tentera. Jika saya ada peluang memang saya akan hubungi pada hari kejadian berlaku. Ini bukan ‘blame game’ saya cuma nak beritahu kronologi. Sekarang ialah masa kita bantu dan menyelamat rakyat,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Amirudin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob padi tadi mempengerusikan mesyuarat khas MKN sebelum majlis itu menghubunginya dan meminta mempengerusikan MKN Selangor esok.

“Saya dihubungi MKN untuk sekali lagi mempengerusikan MKN di Selangor dan Insyaallah saya akan panggil semua pihak termasuk pembangkang untuk selaraskan proses pemulihan,” katanya.


Pengarang :