Kelihatan beberapa kanak-kanak bermain banjir ketika tinjauan di Bukit Kapar, Klang pada 18 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hujan diramal reda di tengah, selatan Selangor hari ini

SHAH ALAM, 19 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan reda di kawasan tengah dan Selatan Selangor hari ini.

Bagaimanapun, hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di dua daerah negeri ini iaitu Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Selain itu, amaran hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Perak dan hujan lebat berterusan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Hujan lebat luar biasa sejak kelmarin, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

Usaha berkenaan diselaras Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam, berpusat di ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.


Pengarang :