Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau keadaan selepas banjir di Kampung RTB Bukit Changgang, Kuala Langat pada 26 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jalan utama ke Sungai Lui ditutup esok untuk pembersihan pascabanjir

SHAH ALAM, 26 DIS: Jalan utama ke Sungai Lui, Hulu Langat dekat sini akan ditutup esok untuk tujuan mengangkut dan membersihkan sampah di daerah itu.

Dato’ Menteri Besar berkata semua pihak diminta memberi kerjasama supaya kerja pembersihan pascabanjir itu berjalan lancar.

“Esok (Isnin, 27 Disember) jalan utama ke Sungai Lui akan ditutup bermula jam 8 hingga 10 pagi bagi membolehkan lori dan jentera untuk mengangkut dan membersihkan semua sampah di kediaman dan tepi jalan.

“(Ia) setelah pembersihan giat dilakukan sewaktu Sabtu (25 Disember) dan Ahad (hari ini),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Sebelum ini, beliau juga mengumumkan sejumlah RM2 juta daripada peruntukan Selangor Bangkit disalur ke Hulu Langat bagi memulihkan semula sebahagian besar daerah itu yang terkesan banjir.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

 


Pengarang :