Pekerja KDEB Waste Management (KDEBWM) giat membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Petaling Jaya. Foto Twitter KDEBWM
AGENSISELANGOR

KDEBWM giat bersih kawasan terjejas banjir, lebih 2,000 kakitangan terlibat

SHAH ALAM, 23 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) giat menjalankan kerja pembersihan sampah pukal pasca banjir di Selangor.

Agensi itu memaklumkan sebanyak 832 unit lori Armroll dan tong Roll On Roll Off (RORO) disedia bagi membantu memudahkan kerja terbabit.

“Sebanyak 2,000 tenaga kerja dan petugas operasi KDEBWM akan digerakkan bagi tujuan ini dan kita menyasarkan kerja membersih selesai 24 Disember ini,” menurutnya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut atau membuat aduan berhubung kelewatan dan keciciran kutipan sisa boleh hubungi talian 019-375 9592, 019-375 3980 atau WhatsApp 019-274 2824.

Anak syarikat Kerajaan Selangor itu membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di beberapa daerah secara berperingkat sejak Ahad lalu.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 mili meter (mm) mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.


Pengarang :