Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Selangor pada 19 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM buat ujian RTK semua mangsa banjir di pusat pemindahan

SHAH ALAM, 19 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan RTK Antigen kepada semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan perubatan berskala besar juga disediakan bagi menangani isu berkaitan kesihatan mangsa banjir, lapor Berita Harian.

Langkah itu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin. Penempatan petugas kesihatan akan diperincikan oleh pihak KKM.

Beliau berkata, KKM juga akan memberikan pelitup muka kepada semua mangsa banjir.

“Penempatan petugas kesihatan akan diperincikan oleh pihak KKM sama ada secara tetap atau ada penggiliran,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Klang selepas melawat mangsa banjir, hari ini.


Pengarang :