Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut pada Majlis Serahan Bantuan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Pusat Khidmat Rakyat DUN Meru, Taman Saujana Meru, Klang pada 13 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 20 pesakit terima bantuan RM5,000, tampung kos rawat

MERU, 14 DIS: Lebih 20 pesakit dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru menerima bantuan perubatan sehingga RM5,000 seorang.

Wakil rakyat Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar inisiatif menerusi Skim Peduli Sihat itu diberikan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban pesakit.

“Kita terima lebih 30 permohonan namun selepas dikenal pasti ada yang tidak layak. Jadi kita minta pesakit yang tidak berkemampuan supaya membuat permohonan ini.

“Antara bantuan diberikan dalam bentuk ubat, peralatan seperti katil dan kerusi roda serta dialisis. Bantuan mengikut keperluan pesakit,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 49 mangsa ribut di sini.

Skim Peduli Sihat diperkenalkan pada 2017 bagi membantu menampung perkhidmatan kesihatan golongan berpendapatan rendah termasuk kos ubat, rawatan dan perundingan.

Program ditambah baik tahun lalu yang memberi jaminan perlindungan kesihatan kepada 85,000 keluarga dan isi rumah bawah RM2,000 sebulan.

Setiap keluarga yang layak menerima rawatan asas berjumlah RM500 setahun manakala bagi individu bujang sebanyak RM200 setahun.

Selain membantu kos rawatan asas ahli Peduli Sihat yang meninggal atau hilang upaya kekal akibat kemalangan mendapat manfaat RM5,000, khairat kematian (RM1,000), penyakit kritikal (RM5,000) dan kematian semula jadi  (RM5,000).

Pada Ogos tahun ini Dato’ Menteri Besar turut mengumumkan peruntukan tambahan RM42.5 juta untuk inisiatif Skim Peduli Sihat dalam mendepani krisis Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemegang kad Peduli Sihat yang dijangkiti Covid-19 atau meninggal dunia, waris mereka boleh menuntut insurans sehingga RM6,000.

 


Pengarang :