Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada pelajar sekolah menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (remaja) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Terengganu pada 21 September 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 22.8 juta penduduk dewasa, 87.5 peratus remaja lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Sebanyak 22,855,374 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.9 peratus atau 23,148,776 individu daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 2,753,927 individu atau 87.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,846,238 individu atau 90.4 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 205,259 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 3,419 dos pertama, 4,719 dos lengkap dan 197,121 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 meningkat kepada 57,515,286 dos dengan 6,109,673 daripadanya adalah dos penggalak.

– BERNAMA

 


Pengarang :