Antara barangan elektrik dibaiki tenaga dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya di Sekolah Agama Padang Jawa pada 25 Disember 2021. Foto Facebook Hisham Misripin
PBTSELANGOR

Mangsa banjir boleh baiki alat elektrik percuma di Dewan Azalea

SHAH ALAM, 28 DIS: Mangsa banjir yang ingin membaiki alatan elektrik secara percuma boleh berbuat demikian di Dewan Azalea, Taman Sri Muda di sini bermula hari ini.

Program selama lima hari mulai jam 10 pagi hingga 5 petang melibatkan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dan komuniti membaiki alatan.

Dalam poster yang dikongsi di Twitter Majlis Bandaraya Shah Alam, antara barang yang boleh dihantar ialah periuk nasi, pemanas air, pengering rambut dan radio.

Perkhidmatan ditawarkan meliputi diagnosis kerosakan, pembaikan dan pembersihan dengan peralatan perlu dibawa ke pusat operasi selain alat ganti ditanggung pemilik.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Hisham (013-3315157), Rahmat (012-7099628), Syahid (019-3676634) dan Fatimah (017-3038097).

Mesin rawatan jantung bernilai RM200,000 antara 200 barang elektrik milik mangsa banjir yang berjaya dibaiki secara percuma dalam program seliaan seorang aktivis masyarakat sejak 23 Disember.


Pengarang :