Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO hadir Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76 DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Hotel Concorde, Shah Alam pada 10 Disember 2021. Foto FACEBOOK AMIRUDIN SHARI
AGENDA NASIONAL

MB, EXCO hadir Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

SHAH ALAM, 10 DIS: Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO hadir Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor di Hotel Concorde, di sini.

Berdasarkan perkongsian Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah

“Majlis Santapan Diraja DYMM Sultan Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Selangor serta DYTM Raja Muda Selangor bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-76 DYMM Tuanku. Menjunjung kasih Tuanku,” katanya.


Pengarang :