Sukarelawan mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat pada 23 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: EXCO selaras bantuan luar, elak keadaan sesak hujung minggu

SHAH ALAM, 24 DIS: Kerajaan Negeri akan menyelaras kemasukan bantuan daripada luar supaya lebih tersusun, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO pembangunan generasi muda bersama pegawai pejabat daerah akan menyelaras kemasukan bantuan yang dijangka meningkat pada hujung minggu ini.

“Pihak yang masuk diharap maklum kehadiran mereka supaya mudahkan koordinasi bantuan. Contoh semalam di Hulu Langat berlaku kesesakan luar biasa kerana kehadiran ramai petugas dari luar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkomunikasi dengan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor pada 22 Disember 2021. Foto Facebook Amirudin Shari

“Hari ini, saya sudah minta EXCO Khairuddin dengan pegawai daerah Hulu Langat koordinasi bantuan bagi mengelak kesesakan dan ketidakselesaan. Bukan ingin menghalang, tapi mengelak pembaziran tenaga dan kerja,”katanya.

Dalam pada itu, Amirudin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, rakan sejawat, badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus beri bantuan dan sokongan.

Anggota Sukarelawan Selatan menghantar bantuan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Hulu Langat pada 20 Disember 2021. Foto Facebook Tunku Mahkota Johor

Pengarang :