Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom Mohamad Ikwan Adam Azha, 18, mengikuti teknik menjawab soalan melalui portal Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di kediamannya di Jenjarom, Kuala Langat, Banting pada 4 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB jangka 70,000 kad SIM selesai diagih awal tahun depan

KLANG, 11 DIS: Agihan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) kepada 70,000 golongan sasar negeri ini dijangka selesai suku pertama tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lebih 20,000 individu menikmati kemudahan berserta data internet tanpa had selama 12 bulan setakat ini.

“Sekarang kita tengah edarkan kad SIM tersebut kepada rakyat terutama pelajar bagi memudahkan sesi pembelajaran secara dalam talian.

“Kita juga mahu memastikan rakyat mendapat akses ini selari dengan budaya norma baharu yang menuntut setiap perkara dilakukan secara dalam talian,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Al-Maarof, Johan Setia, Klang pada 11 Disember 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berucap pada majlis penyerahan bantuan infrastruktur sekolah di Sekolah Menengah Persendirian Cina Ping Hwa di sini hari ini.

Pada 4 Ogos, Amirudin mengumumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad SIM dan data internet percuma selama 12 bulan dengan peruntukan RM17.5 juta.

Beliau berkata sebanyak 200 kad SIM diagih ke setiap Dewan Undangan Negeri untuk mereka yang layak.

Sementara itu, Amirudin berkata pelbagai program disediakan bagi menyokong kelangsungan pendidikan semasa tempoh pandemik Covid-19 seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) portal ePTRS.my.

Menurutnya, buku modul pembelajaran turut diedarkan kepada pelajar untuk membantu individu yang tidak mempunyai peranti dan akses internet terhad.

“Cabaran sektor pendidikan di Selangor untuk menyediakan modal insan berkemahiran tinggi selari keperluan ekonomi ke arah negeri pintar,” katanya.


Pengarang :