Petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika mengagihkan makanan asas, keperluan diri kepada mangsa banjir di Dewan Dahlia, Seksyen 24 pada 19 Disember 2021. Foto Twitter MBSA
PBT SELANGOR

MBSA edar makanan asas, keperluan diri kepada mangsa banjir

SHAH ALAM, 19 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengedar makanan asas dan keperluan diri kepada mangsa banjir yang berlindung di Dewan Dahlia, Seksyen 24 di sini hari ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Twitter berkata bantuan berkenaan berupa minyak masak, biskut, air mineral, lampin pakai buang dan tuala wanita yang disampaikan oleh kakitangannya.

“Individu atau sukarelawan boleh bersama-sama menghulurkan bantuan sumbangan berupa makanan kering seperti biskut, roti, susu bayi, lampin pakai buang, tuala wanita.

“(Turut boleh disumbangkan) tikar, selimut, tuala, selipar, air mineral, pakaian dalam wanita dan lelaki, kelengkapan dandanan diri dan peralatan solat,” tulisnya di bebenang Twitter.

Menurut kenyataan itu, sumbangan boleh dibuat dengan menghubungi  pegawai MBSA, Norhamini Sharif di talian 012-388 9235 dan Juliah Alimun (019-214 0164).


Pengarang :