Lori KDEB Waste Management (KDEBWM) mengangkut sampah dan sisa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 29 Disember 2021. Foto Facebook KDEBWM
AGENSISELANGOR

MBSA kutip 13,800 tan sampah di kawasan terjejas banjir

SHAH ALAM, 29 DIS: Kira-kira 13,800 tan sampah pukal sudah dikutip Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di beberapa kawasan terjejas banjir, setakat semalam.

Ia membabitkan kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25; Padang Jawa; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Kampung Lombong dan Kampung Lanchong Jaya, lapor portal Berita Harian.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata kerja pembersihan masih diteruskan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), kakitangan MBSA serta kontraktor tambahan yang dilantik PBT itu.

“Bagi memudah dan mempercepatkan kerja pembersihan serta kutipan sampah pascabanjir, MBSA juga mengenal pasti tiga stesen pemindahan sementara sisa banjir di Seksyen 21, Seksyen 34 dan Seksyen 25,” katanya hari ini.


Pengarang :