Kenderaan meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan Selangorkini di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Media Selangor salur bantuan, cuti ihsan buat kakitangan terjejas banjir

SHAH ALAM, 19 DIS: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) menghulur bantuan kecemasan RM500 kepada beberapa kakitangannya yang terjejas akibat banjir luar biasa.

Menurut pengurusan Media Selangor, cuti ihsan juga diberi kepada mereka untuk tiga hari berturut-turut dari tarikh kejadian tanpa menggunakan peruntukan cuti tahunan.

Merakam simpati terhadap individu terlibat, pengurusan anak syarikat Kerajaan Negeri itu juga menggalakkan kakitangan bekerja dari rumah pada esok dan lusa, tertakluk kepada tugasan semasa.

“Dengan bantuan ini diharapkan akan dapat meringankan beban bagi kakitangan yang terkesan,” kata kenyataan pada hari ini.

Pengurusan syarikat turut mengalakkan sumbangan derma melalui Tabung Media Selangor Prihatin untuk disalur kepada kakitangan terjejas.

Hujan lebat luar biasa sejak kelmarin, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.


Pengarang :