Petugas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan kerja pembersihan pascabanjir di sekitar Kuala Langat pada 27 Disember 2021. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL, KDEBWM jaya pembersihan pascabanjir, penduduk diminta tidak bakar sampah

SHAH ALAM, 30 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) meminta orang ramai tidak membakar sampah pascabanjir bagi memudahkan proses pembersihan di kawasan terlibat.

Menerusi Facebook, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan ketika ini operasi tersebut giat dijalankan bersama KDEB Waste Management (KDEBWM).

“MPKL mengingatkan kepada penduduk supaya tidak membakar sampah pascabanjir seperti perabot, tilam, barangan elektrik dan sebagainya.

“Majlis bersama KDEBWM akan mengangkat sampah-sampah pascabanjir secara berperingkat,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran MPKL melalui talian 03-3180 3154 atau talian bebas tol KDEBWM 1-800-88-2824.


Pengarang :