Paras air di tepi simpang tiga berhadapan kilang gula CSR Seksyen 22 Shah Alam meningkat semula perlahan-lahan susulan hujan lebat pada pagi 22 Disember 2021.
AGENDANASIONAL

Paras air beberapa kawasan di Shah Alam meningkat pagi ini

SHAH ALAM, 22 DIS: Paras air di Laluan Lanchong Jaya dan Seksyen 28 di sini berhampiran Pasar Raya Hero meningkat susulan hujan lebat pagi ini.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai supaya berwaspada dan mengelak daripada menggunakan laluan tersebut.

Dalam makluman segera melalui Facebook, MBSA juga memaklumkan perkembangan sama di kawasan TTDI Jaya, Stadium Seksyen 13 dan Batu Tiga (berhadapan Kilang Central Sugars).

 

Paras air Sungai Damansara di depan kondominium Puri Aiyu, Seksyen 22 meningkat sebelah pagi 22 Disember 2021.

 


Pengarang :