Sekumpulan pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara membaiki barangan milik mangsa banjir pada program pembaikan peralatansecara percuma di Sekolah Rendah Agama Padang Jawa Shah Alam, baru-baru ini. Foto Facebook Hisham Misripin
AGENDANASIONAL

Pascabanjir: Mesin rawat jantung RM200,000 antara alatan berjaya dibaiki

SHAH ALAM, 28 DIS: Mesin rawatan jantung bernilai RM200,000 antara 200 barang elektrik milik mangsa banjir yang berjaya dibaiki secara percuma dalam program seliaan seorang aktivis masyarakat.

Pengasasnya Hisham Misripin berkata alatan dari sebuah klinik di Seksyen 13 itu dihidupkan semula pensyarah mekatronik dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Petaling Jaya.

“Saya diberitahu mesin itu bernilai RM200,000, itulah kerugian bakal dialami pemiliknya jika tidak dapat digunakan semula selepas ditenggelami banjir.

“Hampir 90 peratus daripada 200 barangan elektrik milik mangsa banjir dihantar berjaya dibaiki, sekurang-kurangnya mereka tidak rugi besar,” katanya dihubungi semalam.

Hisham berkata program tersebut akan diteruskan di Dewan Azalea, Sri Muda di sini selama lima hari mulai hari ini dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Kali ini kami mungkin ke rumah penduduk untuk bantu mereka yang sukar ke dewan dengan penyertaan dari kumpulan Facebook Tukang Apa Hari Ini,” katanya lagi.


Pengarang :