Ir Izham Hashim menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 3 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Peruntukan RM4.9 juta atasi masalah banjir di Dusun Tua

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM4.9 juta untuk mengatasi masalah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dalam tempoh empat tahun.

EXCO infrastruktur Ir Izham Hashim berkata peruntukan sejak 2018 sehingga Oktober lalu membabitkan kerja penyelenggaraan, cuci gali, penyelenggaraan tebing dan pemuliharaan sungai.

“Pada 2018 sebanyak 21 projek dijalankan dengan kos RM485,694 diikuti 23 projek pada 2019 dengan kos RM1.1 juta.

“Sebanyak RM1.8 juta dibelanjakan pada 2020 membabitkan 43 projek dan RM1.5 juta pada 2021 dengan 30 projek,” katanya dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini .

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof berhubung peruntukan mengatasi banjir di DUN Dusun Tua.


Pengarang :