Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Denai Sungai Langat di Bandar Baru Bangi, Bangi pada 30 November 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Positif Covid-19, MB doakan Tuan Ibrahim dan keluarga segera sembuh

SHAH ALAM, 26 DIS: Dato’ Menteri Besar mendoakan supaya Menteri Alam Sekitar dan Air serta lima ahli keluarganya sembuh daripada Covid-19.

“Mendoakan agar Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan keluarga diberi kesembuhan segera dan kesihatan yang baik, InsyaAllah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Terdahulu, Tuan Ibrahim memaklumkan beliau bersama lima ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19. Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu.

“Seorang cucu selamat dilahirkan semalam, bagaimanapun dia disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” katanya di Facebook.


Pengarang :