Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama pasukan 10 Briged dalam misi menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 20 Disember 2021. Foto MBSA
AGENDANASIONALPBTSELANGOR

Raja Muda sertai misi selamatkan mangsa banjir Kampung Baru Hicom

SHAH ALAM, 20 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli menyertai misi bantuan menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Kampung Baru Hicom hari ini.

Menurut Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam, Tengku Amir Shah terlibat dalam misi tersebut bersama pasukan 10 Briged Tentera Darat. Turut serta, Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor.

Semalam, Baginda  berkenan melawat mangsa banjir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini dan menyampaikan bantuan keperluan asas.

Raja Muda juga membeli sendiri barang keperluan di pasar raya di sini untuk diedar kepada mangsa banjir di Seksyen 16 di sinidan di Taman Meru Jaya, Klang

Selain itu, MBSA juga menjelaskan pihaknya menerima sumbangan 5,000 roti daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd serta orang awam dan sukarelawan (barangan keperluan asas).

Semalam, pihak berkuasa tempatan itu mengagih minyak masak, biskut, air mineral, lampin pakai buang dan tuala wanita kepada mereka di pusat pemindahan sementara di Dewan Dahlia, Seksyen 24 di sini.


Pengarang :