MBSA meletakkan kanvas sebagai tindakan sementara bagi menutup rekahan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati. Foto Twitter MBSA
PBTSELANGOR

Rekahan di susur Lebuhraya Persekutuan, MBSA tutup guna kanvas

SHAH ALAM, 22 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengesan satu rekahan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati di sini.

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan memasang kanvas dan menutup sebelah lorong buat sementara waktu bagi keselamatan pengguna jalan raya.

“Mohon pengguna jalan raya agar berhati-hati melalui susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati kerana ada kesan rekahan,” katanya di Twitter.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Antara kawasan terjejas teruk ialah Taman Sri Muda dengan kebanyakan rumah masih dipenuhi air, namun menurun daripada rekod melebihi enam kaki tinggi pada Sabtu.

Kesan rekahan yang dikesan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan ke arah Kuala Lumpur dari Bulatan Melawati. Foto Twitter MBSA

Pengarang :