EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah (tengah) pada sidang media selepas program Rentak Selangor di Sabak Bernam pada 1 Disember 2021. Foto Facebook Rentak Selangor
EXCOSELANGOR

Selangor negeri pertama bantu penggiat seni terjejas pandemik

SHAH ALAM, 2 DIS: Selangor menjadi negeri pertama membantu kelangsungan hidup golongan seni terutama seniman jalanan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah berkata Kerajaan Negeri memperuntuk RM250,000 bagi membantu pemuzik jalanan yang berdaftar bawah kelab atau persatuan negeri.

“Kita bantu hampir 1,000 seniman jalanan untuk mereka adakan persembahan di pusat pemberian vaksin (PPV) bagi menghiburkan penerima suntikan,” katanya pada Program Rentak Selangor di Sabak Bernam semalam.

Beliau menambah, pihaknya juga mendapat kelulusan bagi membantu kumpulan nasyid yang turut terkesan akibat pandemik.

“Selepas ini kita mungkin bantu kumpulan kompang, marhaban dan sebagainya,” katanya.

Ogos lalu, Kerajaan Negeri memperuntuk RM250,000 bagi membantu 720 pemuzik jalanan melalui inisiatif Kita Buskers Selangor.

Pada 4 November, satu lagi inisiatif, Kita Seniman Selangor dilancar membabitkan peruntukan RM50,000 bagi membantu kelangsungan hidup golongan seni terbabit.


Pengarang :