Suasana di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam yang dirakam pada jam 1.17 tengah hari pada 22 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor peruntuk RM60 juta laksana projek tebatan atasi isu banjir

SHAH ALAM, 24 DIS: Selangor memperuntukkan RM60 juta untuk pembangunan projek tebatan banjir (RTB) pada tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembangunan itu sebagai langkah mengatasi isu banjir bagi tempoh jangka panjang di negeri ini.

“Untuk tahun 2021 angka hampir sama dengan peruntukan 2022 sekitar RM60 juta, tapi kita dapat belanja RM40 hingga RM45 juta sebab perintah kawalan pergerakan.

“Ini pun kita tambah lagi RM40 juta untuk 2021 tetapi sebahagian besar daripadanya adalah untuk projek jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual ekslusif memulihkan banjir di Selangor menerusi Bernama Radio pagi ini.


Pengarang :