Sukarelawan Team Selangor bertungkus-lumus menyediakan pek makanan kepada mangsa terjejas banjir di beberapa daerah di Selangor. Foto Team Selangor
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Sukarelawan Team Selangor bantu penduduk terjejas, edar pek makanan

SHAH ALAM, 19 DIS: Team Selangor mengaktifkan sukarelawannya di daerah terjejas banjir teruk bagi membantu orang ramai.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata pusat simpanan makanan juga diaktifkan untuk menyediakan 1,500 pek makanan kepada mangsa.

“Sekurang-kurangnya 50 orang sukarelawan turun membantu untuk menyediakan bakul makanan di Petaling Jaya sejak semalam.

“Pek makanan berbentuk makanan asas yang boleh dimakan segera disediakan bagi memastikan mereka mendapat bekalan makanan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, sukarelawan Team Selangor turut bersiap sedia untuk turun ke kawasan terjejas bagi membantu proses pembersihan kediaman.

Hujan lebat luar biasa sejak kelmarin, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

 


Pengarang :