Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan hadir ke Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan Baginda ke-76 pada 10 Disember. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Sultan Selangor berkenan hadir Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76

SHAH ALAM, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan hadir ke Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan Baginda ke-76 pada 10 Disember lalu.

Berdasarkan perkongsian Selangor Royal Office di Facebook, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan barisan EXCO Kerajaan Negeri turut hadir majlis berkenaan.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan ke-76. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto Facebook Selangor Royal Office

 

 

 

 


Pengarang :